Lelaki onani dalam pesawat dibelasah, ditahan

Azyyati Ahmad
Disember 10, 2017 21:50 MYT
Gol Airlines dalam satu kenyataan mengutuk tindakan memalukan penumpang tersebut. -Gambar fail
SEORANG lelaki diserang bertubi-tubi oleh penumpang dan ditahan anak kapal selepas didapati beronani dalam pesawat dan cuba melakukan perbuatan lucah kepada seorang wanita.
Lapor Dailymail.co.uk, wanita yang duduk di sebelah lelaki tersebut dilaporkan tertidur selama setengah jam dan terjaga ketika terasa tangannya ditarik oleh seseorang.
Apabila terjaga wanita itu mendapati terdapat cecair asing pada pakaiannya, dan lelaki yang berusia 51 tahun itu mendakwa bahawa dia mengalami batuk dan tidak sengaja ‘meludah’ ke arah wanita itu.
Tambah wanita itu, ketika dia terjaga, lelaki berkenaan dilihat cuba meletakkan tangannya pada alat kelamin lelaki itu.
Lelaki tersebut kemudian ditahan di tempat duduk belakang sehingga pesawat Gol Airlines itu mendarat di Brasilia, Brazil.
Kejadian itu berlaku 30 minit selepas penerbangan yang mengambil masa tiga setengah jam itu berlepas.
Gol Airlines dalam satu kenyataan mengutuk tindakan penumpang tersebut dan mengharamkannya daripada menggunakan khidmat syarikat penerbangan itu seumur hidup.
"Kami mengutuk tindakan memalukan itu dan akan mengharamkan penumpang yang sedemikian daripada menaiki pesawat kami.
"Anak kapal bertindak pantas dengan menahan penumpang tersebut dan kapten membuat laporan kepada polis persekutuan mengenai kejadian itu.
"Selepas mendarat, pintu pesawat telah ditutup sehingga pegawai tiba."
Tertuduh, yang menafikan tuduhan terhadapnya, dijangka menghadapi perbicaraan di mahkamah.
#Brazil #dipukul penumpang #Gol Airlines #mahkamah #onani #penumpang wanita #perbuatan lucah #polis
;