Lelaki maut terjun ke tasik dari cerun setinggi 12 meter

Bernama
Julai 3, 2023 05:18 MYT
Kawasan tasik yang menjadi lokasi orang ramai melakukan aktiviti berenang itu dikelilingi oleh cerun tinggi dan menurut polis dasar tasik itu dipenuhi batu. - Gambar hiasan
WASHINGTON: Seorang lelaki maut di Texas, Amerika Syarikat selepas melakukan terjunan dari cerun setinggi kira-kira 12 meter di Tasik Gladewater.
Pihak kecemasan menerima panggilan pada petang Sabtu, lapor United Press International (UPI), memetik Jabatan Polis Gladewater.
Menurut polis, mangsa mungkin berada di bawah pengaruh alkohol.
Sementara itu, KLTV melaporkan terdapat sekurang-kurangnya tujuh orang saksi ketika kejadian.
Kawasan tasik yang menjadi lokasi orang ramai melakukan aktiviti berenang itu dikelilingi oleh cerun tinggi dan menurut polis dasar tasik itu dipenuhi batu.
Kedalaman maksimum Tasik Gladewater adalah kira-kira sembilan meter, mengikut Jabatan Taman dan Hidupan Liar Texas.
-- BERNAMA
#terjun tasik #lelaki maut #cliff jumping #Tasik Gladewater