Lelaki maut setelah lepas tembakan di auditorium universiti, 4 mangsa cedera

Agensi
Januari 24, 2022 22:01 MYT
Polis masih menjalankan operasi besar-besaran di lokasi kejadian. - Gambar/ Facebook @University of Heidelberg
SEORANG lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah auditorium di Universiti Heidelberg di barat daya Jerman pada Isnin, mencederakan empat orang, kata polis.
Jurucakap polis berkata, suspek yang masuk ke kawasan itu bersendirian mula melepaskan tembakan ketika kuliah sedang berlangsung, sebelum berlari keluar, lapor CNN.
Polis percaya suspek kemudian membunuh diri.
Sementara itu, difahamkan seorang daripada empat mangsa cedera parah.
Pihak berkuasa masih menyiasat motif kejadian yang berlaku di kawasan Feld Neuenheimer di bandar itu.
Operasi besar-besaran masih dijalankan di lokasi kejadian.
"Polis dan perkhidmatan kecemasan berada di tempat kejadian," kata Polis Mannheim dalam Twitter.
#Jerman #Universiti Heidelberg #kejadian tembakan #suspek maut
;