Lelaki maut selepas bertaruh telan 50 biji telur

Agensi
November 6, 2019 10:23 MYT
Subhash Yada meninggal dunia selepas bertaruh makan 50 biji telur dengan rakannya. -Gambar hiasan
Seorang lelaki mati maut selepas makan 50 biji telur ayam semata-mata mahu menyelesaikan perselisihan faham dengan seorang rakan.
Menurut polis, mangsa Subhash Yada bersama rakannya mengunjungi sebuah pasar di kawasan Bibiganj di Jaunpur, India sebelum berlaku pertengkaran.
Dalam usaha menyelesaikan kemelut itu, mereka bersetuju mempertaruhkan wang tunai Rs2,200 (kira-kira RM115) kepada siapa yang berjaya menghabiskan 50 biji telur pada satu masa.
Setelah makan telur yang ke-42, mangsa pengsan dan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke hospital.
Doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Kematian mangsa dipercayai berpunca daripada makan secara berlebihan.
Sementara itu, dalam satu kes pada Ogos lalu, Dana Hutchings meninggal dunia selepas tercekik sebelum rebah ketika menyertai pertandingan makan taco di California, Amerika Syarikat.
Manakala di Connecticut pula, kes sama berlaku membabitkan seorang pelajar, Caitlin Nelson, 22, semasa menikmati kek dalam satu pertandingan dalam sebuah majlis kebajikan.
#Bibiganj #Caitlin Nelson #Dana Hutchings #maut makan 50 biji telur #Perselisihan Faham #Subhash Yada #tidak sedarkan diri
;