Lelaki maut diserang jerung, kematian kelapan di Australia tahun ini

Astro Awani
November 22, 2020 17:52 MYT
Cable Beach merupakan pantai peranginan popular pelancong di Australia. - Foto AP
AUSTRALIA BARAT: Seorang lelaki disahkan maut selepas diserang seekor jerung di Cable Beach, di Australia Barat.
Dalam kejadian jam 8.40 pagi itu, mangsa yang berusia 55 tahun mengalami kecederaan parah di tangan dan badan akibat serangan haiwan pemangsa berkenaan.
Dia kemudian berjaya ditarik keluar dan diberikan rawatan lanjut oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian.
Spesis jerung yang menyerang mangsa bagaimanapun masih belum dikenal pasti.
Cable Beach merupakan pantai peranginan popular pelancong di Australia.
Ini merupakan kes kematian kelapan tahun ini disebabkan serangan jerung di negara itu.
Ia merupakan angka kematian tertinggi pernah dilaporkan sejak 1929 yang menyaksikan rekod sembilan mangsa mati diserang jerung.
#lelaki #maut #diserang #jerung #Cable Beach #Barat Australia
;