Lelaki maut akibat ambil chloroquine untuk cegah COVID-19

Nailah Huda
Mac 24, 2020 13:44 MYT
Kajian vaksin COVID-19 dijalankan di California, Amerika Syarikat. Foto - REUTERS.
SEORANG lelaki di Arizona, Amerika Syarikat (AS) meninggal dunia selepas menelan chloroquine phosphate kerana ia dipercayai dapat melindungi diri daripada dijangkiti COVID-19.
Isterinya yang turut mengambil bahan kimia tersebut kini menerima rawatan di hospital dan berada dalam keadaan kritikal.
Bahan toksik yang diambil oleh pasangan tersebut bukan merupakan ubat yang sering digunakan untuk merawat malaria.
Sebaliknya, bahan yang diambil mereka adalah terkandung dalam rawatan parasit yang digunakan untuk ikan.
Dalam satu temubual bersama media tempatan NBC News, isteri mangsa tersebut mendapat tahu tentang bahan itu apabila Presiden AS, Donald Trump dalam satu sidang media telah mengemukakan beberapa manfaat mengambil chloroquine.
Walaupun masih tiada ubat yang disahkan mampu menjadi penawar atau pencegah COVID-19, terdapat beberapa kajian yang mencadangkan bahawa bahan tersebut boleh digunakan untuk tujuan terapi.
“Saya lihat [rawatan parasit ikan] terletak di rak dan terfikir, bukankah itu bahan yang disebut di televisyen?” kata isterinya.
Justeru, pasangan dalam lingkungan usia 60-an tersebut mencampurkan chloroquine bersama cecair lain untuk diminum dengan harapan untuk elak dijangkiti koronavirus.
“Kami takut sekiranya jatuh sakit,” katanya.
Hanya dalam tempoh masa 20 minit, kedua-dua mereka mula rasa sakit dan pening.
“Saya mula muntah. Suami saya pun mula mengalami masalah pernafasan,” kata wanita tersebut kepada NBC News.
Susulan itu, wanita berkenaan menghubungi talian kecemasan dan sejurus tiba di hospital, suaminya meninggal dunia.

#FactsNotFear@WHO has NOT approved the use of chloroquine for #COVID19 management. Scientists are working hard to confirm the safety of several drugs for this disease. Please DO NOT engage in self-medication. This will cause harm and can lead to death.#COVID19Nigeria pic.twitter.com/K6kljq0VtW

— NCDC (@NCDCgov) March 20, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, Pengarah Institut Penyakit Berjangkit dan Alergik Kebangsaan AS, Dr. Anthony Fauci menolak dakwaan bahawa terdapat terapi ubat-ubatan sedang diuji pada ketika ini.
Beliau turut menafikan terdapat bukti kukuh berhubung hydroxychloroquine sebagai pencegah koronavirus.
Trump bagaimanapun yakin dengan bahan tersebut dan mendakwa bahawa kerajaan Persekutuan telah membeli ‘berjuta-juta unit’ ubat berkenaan.

HYDROXYCHLOROQUINE & AZITHROMYCIN, taken together, have a real chance to be one of the biggest game changers in the history of medicine. The FDA has moved mountains - Thank You! Hopefully they will BOTH (H works better with A, International Journal of Antimicrobial Agents).....

— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) March 21, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada masa sama, Presiden Indonesia, Joko Widodo pula berkata, negara itu akan mengeluarkan penawar chloroquine, iaitu ubat anti-malaria yang diuji sebagai bentuk perawatan COVID-19.
BACA: COVID-19: Indonesia akan keluarkan penawar chloroquine - Jokowi
#Amerika Syarikat #chloroquine #coronavirus #COVID-19 #Donald Trump #Joko Widodo #koronavirus #WHO