Lelaki mati ditikam di Singapura
Bernama
Oktober 21, 2024 07:50 MYT
Oktober 21, 2024 07:50 MYT
SINGAPURA: Polis Singapura menahan seorang suspek berusia 50 tahun selepas dia menikam seorang lelaki pada petang Isnin, menurut media tempatan, lapor Xinhua.
Mangsa berusia 41 tahun ditemukan tidak sedarkan diri di sebuah blok perumahan dan dibawa ke hospital, di mana dia disahkan meninggal dunia.
Polis berkata suspek dan mangsa saling mengenali.
-- BERNAMA