Lelaki mati ditembak ketika sertai tunjuk perasaan Black Lives Matter

Agensi
Julai 26, 2020 05:48 MYT
Ratcliff berkata penunjuk perasaan mula berkumpul di bandar Austin sebagai solidariti dengan gerakan Black Lives Matter. -AP
Seorang lelaki maut manakala seorang lagi ditahan polis dalam kejadian tembakan semasa menyertai tunjuk perasaan di ibu negara Texas.
Pegawai polis Austin, Katrina Ratcliff berkata dalam kejadian pada malam Sabtu itu, penunjuk perasaan mula berkumpul di bandar Austin sebagai tanda solidariti dengan gerakan Black Lives Matter.
"Tunjuk perasaan itu mengakibatkan seorang daripadanya maut di tempat kejadian akibat terkena tembakan dan dibawa ke hospital untuk siasatan lanjut.
"Hasil siasatan, tiada peserta lain yang cedera dan laporan awal mendapati mangsa berkemungkinan membawa senjata api dan menghampiri kenderaan suspek," katanya yang dipetik CNN.
Ratcliff berkata suspek menembak mangsa ketika berada dalam kereta.
"Suspek bagaimanapun berjaya ditahan," ujarnya.
#API #Austin #Black Lives Matter #cedera #Hospital #kereta #lelaki #mangsa #maut #polis #rusuhan #siasatan #suspek #tembakan #Texas #tunjuk perasaan
;