Lelaki letupkan pesawat dalam cubaan bunuh isteri hamil

Astro Awani
Mac 25, 2019 05:51 MYT
Pesawat dipandu Viljoen meletup memusnahkan bangunan di mana isterinya sebelum itu berada. -Foto Mirror.uk
Perselisihan faham oleh satu pasangan mendorong si suami melakukan cubaan bunuh terhadap isterinya yang bakal menjadi ibu.
Dalam kejadian di Botswana, Charl Viljoen, 38, yang berang dengan isterinya Natasha bertindak mencuri sebuah pesawat ringan sebelum menerbangkannya ke arah bangunan di mana wanita itu berada.
Natasha yang ketika itu sedang menghoskan satu majlis meraikan dirinya sebagai bakal ibu sempat dibawa keluar sebelum suaminya melanggar bangunan yang terletak di Gaborone dengan pesawat itu.
Pesawat dipandu Viljoen dilihat terbang amat rendah sejurus sebelum insiden.
Viljoen maut dalam nahas itu.
Menurut laporan Mirror.uk, Viljoen yang merupakan juruterbang berlesen dikatakan mabuk ketika kejadian.
#Botswana #bunuh isteri #Charl Viljoen #Gaborone #letupkan pesawat #Natasha #terbang rendah
;