Lelaki lepas tembakan rambang di parlimen Iran, tiga cedera

Agensi
Jun 7, 2017 06:47 MYT
Saksi turut melaporkan kepada Reuters kawalan keselamatan di sekitar perkarangan Parlimen telah dipertingkat, dan keadaan berada di tahap terkawal. - Gambar fail
Seorang lelaki melepaskan tembakan rambang di parlimen Iran hari ini dan menyebabkan seorang pengawal keselamatan tercedera, kata saksi.
Agensi berita Tasnim melaporkan tembakan yang disasarkan ke arah pengawal keselamatan itu terkena kakinya dan dua orang awam.
Namun, identity dan motivasi di sebalik tembakan itu masih belum dapat dikenal pasti, memetik laporan Tasnim.
Saksi turut melaporkan kepada Reuters kawalan keselamatan di sekitar perkarangan Parlimen telah dipertingkat, dan keadaan berada di tahap terkawal.
#orang awam #Parlimen #pengawal keselamatan #Tasnim #tembakan