Lelaki keji dihukum penjara 341 tahun jadikan keluarga, anjing peliharaan hamba seks
Hasimi Muhamad
Mei 30, 2019 07:46 MYT
Mei 30, 2019 07:46 MYT
BAPA sepatutnya melindungi ahli keluarga mereka, tetapi sebaliknya berlaku!
Seorang bapa dipenjara 341 tahun selepas membuat serangan seksual terhadap anak-anak dan bekas isterinya.
Lapor Metro News perbuatan keji lelaki itu yang turut dilakukan terhadap anjing belaannya berlaku dalam tempoh 12 tahun.
Suspek, Christopher Sena, 52, juga menjadikan lapan ahli keluarganya sebagai sasaran selain merakam perbuatan seksual itu.
Dia menjadikan lelaki dan perempuan sebagai mangsanya termasuk ibu dan ibu tirinya termasuk memaksa mangsa mengadakan hubungan seks dengannya sebelum merakam perbuatan terkutuk itu.
Hakim William Kephart memberitahu mahkamah bahawa hukuman 'beratus' tahun itu adalah setimpal untuk tingkah laku Christopher yang sangat mementingkan diri sendiri dan sesat.
William dalam ulasan jurnal Las Vegas menambah, "Saya malu dengan perbuatan tersebut dan (tertuduh) perlu keluar dari bandar yang saya cintai ini."
Penderaan seksual yang dahsyat itu terbongkar pada September 2014 ketika serbuan di treler milik Christopher oleh pasukan SWAT di Pangkalan Udara Nellis.
Pihak berkuasa turut berjaya merampas rakaman video serangan seksual.
Bekas-bekas isterinya, Deborah Sena, 53, Terrie Sena, 48, dijatuhi hukuman mati sebelum perbicaraan pada Selasa atas dakwaan bersekongkol dengan perbuatan terkutuk Christopher.
Namun, mahkamah mengurangkan hukuman kepada penjara seumur hidup selepas rayuan dibuat oleh kedua-dua tertuduh.
Sebelum ditahan,Christopher sering memuatnaik status "cinta" terhadap keluarganya.
Tertuduh disabit dengan 95 jenayah seksual. - Sumber Metro News