Lelaki jalin hubungan dengan 35 wanita, terima hadiah kelahiran sepanjang tahun
Astro Awani
April 24, 2021 09:59 MYT
April 24, 2021 09:59 MYT
Kerana inginkan hadiah dalam jumlah yang banyak pada hari kelahirannya, seorang lelaki sanggup menipu 35 wanita.
Menurut laporan The Tokyo Reporter, Takashi Miyagawa, 39, didakwa menjalani hubungan intim dengan 35 wanita dengan tujuan untuk mendapatkan hadiah hari lahir sebanyak mungkin.
Miyagawa bekerja sebagai pekerja sambilan di wilayah Kansai, Jepun dan tarikh lahir sebenarnya adalah pada 13 November.
Rancangannya adalah untuk memberitahu teman wanitanya hari kelahiran palsu bagi menerima hadiah sepanjang tahun.
Menurut polis, dia turut menerima wang tunai berjumlah 100,000 yen (RM3,800) daripada tiga wanita.
Kegiatan Miyagawa didedahkan pada Februari apabila beberapa mangsa mengenali sesama sendiri dan turut membuat laporan polis terhadapnya.
Bagaimana mereka mengenali sesama sendiri masih menjadi tanda tanya.
Polis percaya Miyagawa bertemu kesemua mangsa melalui skim MLM berkenaan peralatan bilik mandi, lapor The Tokyo Reporter.