Lelaki hidap kanser tembak isteri, anak sebelum bunuh diri

Agensi
September 8, 2020 07:04 MYT
Jeffrey menembak isterinya Annamarie, anak perempuan Emma dan anak lelaki Jakob sebelum membunuh diri. -Gambar hiasan
Seorang lelaki penghidap kanser dilapor membunuh isteri dan dua anaknya sebelum membunuh diri.
Jeffrey Mumper, 61, menembak isterinya, Annamarie, 54, anak perempuan Emma, 26, dan anak lelaki Jakob, 18, sebelum membunuh dirinya pada pagi Ahad di Bloomington, Indiana, Amerika Syarikat.
Polis berkata seorang wanita pergi ke rumah tersebut pada Ahad untuk menjemput rakannya tetapi tiada sesiapa yang membuka pintu.
Memetik laporan New York Post, wanita berkenaan membuka pintu rumah tersebut dengan kunci dan menjumpai mayat kawannya.
Dia kemudian membuat panggilan kecemasan 911, menurut pihak berkuasa.
Pihak polis berkata bukti di tempat kejadian menunjukkan bahawa Jeffrey menembak keluarganya sebelum menembak dirinya.
Bagaimanapun, pihak polis masih belum menemui motif jelas mengenai insiden berkenaan.
Stesen berita WTHR melaporkan rakan-rakan Jeffrey berkata dia bebas daripada kanser prostat tetapi kini menghidap kanser pankreas.
Emma merupakan mahasiswi di Universiti Stony Brook di New York manakala adik lelakinya Jakob merupakan seorang perenang berbakat di Bloomington North High School.
#Annamarie #Bloomington #Bloomington North High School #bunuh diri #Emma #Jakob Mumper #Jeffrey #Jeffrey Mumper #kanser #tembak keluarga #Universiti Stony Brook
;