'Lelaki Godzilla' hembus nafas terakhir
Agensi
Ogos 8, 2017 17:18 MYT
Ogos 8, 2017 17:18 MYT
Aktor yang pernah membintangi 12 siri filem asal raksasa Godzilla, Haruo Nakajima meninggal dunia pada usia 88 tahun dipercayai akibat sakit tua.
Khabar mengenai kematian aktor Jepun era 1950-an itu itu telah tersebar luas pada Isnin sehingga menimbulkan rasa sedih kepada masyarakat negara matahari terbit itu.
Nakajima yang turut membintangi filem pengarah tersohor Akira Kurosawa, Seven Samurai itu juga terkenal dengan gelaran ‘Mr. Godzilla’ atau 'Lelaki Godzilla' kerana mengenakan kostum Godzilla yang diperbuat daripada simen.
Bagi mendalami wataknya sebagai raksasa Godzilla itu, Nakajima mengaku mempelajari gerakan raksasa itu di taman haiwan. Tujuannya adalah untuk meniru gerak geri binatang buas seperti beruang.
Memetik dari portal hiburan antarabangsa TMZ, Haruo Nakajima memulakan karier pertamanya dalam filem World War II dan King of Monsters.