Lelaki ditembak mati di Lapangan Terbang Orly Perancis
Agensi
Mac 18, 2017 20:02 MYT
Mac 18, 2017 20:02 MYT
Seorang lelaki ditembak mati pasukan keselamatan di Lapangan Terbang Orly di Perancis hari ini selepas dia bertindak menembak dan mencederakan seorang anggota polis.
Dia sebelum itu dikatakan cuba merampas senjata milik seorang anggota tentera sewaktu pemeriksaan keselamatan rutin.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Bruno le Roux, suspek sememangnya seseorang yang sedang dalam pemerhatian polis.
Susulan kejadian itu polis mengarahkan pengunjung agar menghindari lapangan terbang terbabit sementara siasatan dijalankan.
Jabatan Pendakwaraya turut membuka kertas siasatan berhubung kejadian.
Penempatan anggota tentera adalah sebahagian daripada tindakan berjaga-jaga Perancis dari sebarang ancaman keganasan.
Tiada maklumat lanjut berhubung identiti suspek dan mereka yang mengalami kecederaan.
Turut ditahan, ayah dan abang suspek terbabit.