Lelaki ditembak mati berdekatan Istana Kensington

Astro Awani
Disember 11, 2021 04:48 MYT
Polis mengepung kawasan Kesington High Street selepas seorang lelaki ditembak mati pada Sabtu. - Foto AP
LONDON: Seorang lelaki bersenjata ditembak mati selepas mencuba merombak sebuah bank dan kedai menerima taruhan lumba kuda pada Sabtu.
Menurut Polis Metropolitan, kejadian berlaku berdekatan dengan Istana Kensington di London, England.
Tambahnya, suspek cuba melarikan diri dalam sebuah kenderaan dan ditahan polis di kawasan yang menempatkan beberapa kedutaan serta kediaman rasmi Putera William, Catherine dan tiga anak mereka serta beberapa lagi ahli keluarga diraja.
Polis melepaskan beberapa tembakan ke arah suspek dan dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Insiden tersebut tidak diklasifikasikan sebagai kejadian keganasan.
#Istana Kesington #tembak #rompak #bank #Putera William
;