Lelaki ditahan ubah suai foto muka Perdana Menteri Nepal pada tubuh monyet
Agensi
Ogos 24, 2018 08:37 MYT
Ogos 24, 2018 08:37 MYT
Seorang lelaki ditangkap kerana didakwa berkongsi gambar muka Perdana Menteri Nepal, KP Sharma Oli pada tubuh badan seekor monyet di laman sosial Facebook.
Suspek, Homnath Sigdel, 44 tahun, ditahan pada Rabu kerana berkongsi gambar itu sebagai karakter pembunuhan beramai-ramai Sharma Oli, kata pegawai kanan polis.
Imej muncul di laman sosial Facebook awal bulan ini dan telah dikongsi kira-kira 2,600 kali.
Polis berkata bahawa Sigdel juga telah memaparkan foto kedua muka Oli pada badan manusia yang berbogel.
Sigdel, yang merupakan Setiausaha Jawatankuasa Kampung di daerah Bhaktapur, Kathmandu boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun atau denda 100,000 rupee (RM 500) atau kedua-duanya jika didapati bersalah di bawah peruntukan Akta Transaksi Elektronik.
Penangkapan itu berlaku beberapa hari selepas Nepal memperkenalkan satu kod jenayah baru yang merangkumi undang-undang drakonian yang diperkatakan oleh para aktivis boleh digunakan untuk menyekat pengkritik kerajaan.
#Bhaktapur
#Facebook
#jenayah
#Kathmandu
#kerajaan
#KP Sharma Oli
#laman sosial
#lelaki
#Nepal
#penjara
#Perdana Menteri
#Perdana Menteri Nepal
#suspek
#undang-undang