Lelaki ditahan miliki pisau berhampiran Parlimen di London

Astro Awani
Jun 16, 2017 12:50 MYT
Seorang lelaki ditahan polis kerana memiliki senjata berhampiran bangunan Parlimen di sini pada Jumaat. -Reuters
Seorang lelaki ditahan polis kerana memiliki senjata berhampiran bangunan Parlimen di sini pada Jumaat.
Polis Metropolitan berkata lelaki itu bagaimanapun tidak dapat melepasi kepungan polis di bangunan itu.
Insiden ini berlaku hanya beberapa bulan selepas seorang lelaki merempuh pejalan kaki dan menikam seorang anggota polis di Westminster Bridge sebelum melanggar susur penghadang di luar bangunan Parlimen.
#kepungan polis #Parlimen #Polis Metropolitan #Westminster Bridge