Lelaki ditahan jual belalang goreng dalam kapal terbang

Astro Awani
Disember 1, 2021 04:34 MYT
Seorang lelaki ditahan selepas rakaman video dia menjual belalang goreng kepada penumpang kapal terbang tular. -Twitter @toeknee_rukidi
KAMPALA: Seorang lelaki ditahan selepas rakaman video dia menjual belalang goreng kepada penumpang kapal terbang tular.
Dalam rakaman itu, lelaki berkenaan kelihatan mengambil pesanan dan mengisikan makanan ringan itu di dalam plastik sebelum mengedarkannya kepada penumpang di dalam pesawat milik Ugandan Airlines.

Uganda zaabu..

A man sells grasshoppers on the Uganda airlines pic.twitter.com/lvVK3Gou97

— Toeknee Andruevol Rukidi (@toeknee_rukidi) November 27, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Turut didakwa seorang lagi lelaki yang dituduh merakam perlakuannya.
Kedua-dua lelaki itu yang dikenali sebagai Mubiru Paul dan Hajib Kiggundu ditahan pada Isnin semasa ketibaan dari Dubai dan didakwa pada Selasa atas tiga pertuduhan.
Pertuduhan itu ialah menimbulkan kekacauan, enggan mengikut arahan kru penerbangan, dan tindakan cuai yang mungkin menyebabkan penularan penyakit berjangkit.
Dia mungkin berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun jika sabit kesalahan, lapor Daily Monitor.
Uganda Airlines dalam pada itu mengecam tindakan lelaki itu yang didakwa sebagai 'kelakuan tidak terkawal'.
Namun ia berkata akan mempertimbang untuk menambah lagi pilihan sajian istimewa pada menu atas permintaan.
Media tempatan turut melaporkan beberapa kru penerbangan itu digantung kerja.
#belalang goreng #jual dalam kapal terbang #Ugandan Airlines #kru penerbangan