Lelaki ditahan 'bersetubuh' dengan patung Olaf dan unicorn di pasar raya
Agensi
Oktober 27, 2019 20:02 MYT
Oktober 27, 2019 20:02 MYT
Akibat kemaruk seks, seorang lelaki ditahan polis selepas dilihat ‘bersetubuh’ dengan patung gergasi watak Olaf daripada filem Frozen dan patung unicorn di sebuah pasar raya di Florida, Amerika Syarikat.
Cody Christopher Meader ditahan selepas didapati melakukan kerosakan jenayah, lapor The Smoking Gun.
Pada hari kejadian, Meader dilihat memasuki pasar raya berkenaan sekitar jam 2 petang pada Selasa sebelum mendekati watak patung terbitan Disney itu.
Lelaki berusia 20 tahun itu kemudiannya membawa patung Olaf itu sebelum meletakkannya di atas lantai pasar raya berkenaan.
Dia kemudian mula 'bersetubuh' dengan patung snowman itu, kata polis.
Setelah ‘puas’, lelaki terbabit kemudian mengambil patung unicorn sebelum mula melakukan perbuatan tidak senonoh itu dengan boneka itu pula.
Meader bagaimanapun gagal meloloskan diri apabila dia ditahan semasa masih berada di dalam pasar raya berkenaan.
Menurut polis, semua barang permainan yang dicemari itu dialihkan sebelum dimusnahkan.