Lelaki disyaki bakar Parlimen Afrika Selatan ditangkap
Sinar Harian
Januari 3, 2022 12:54 MYT
Januari 3, 2022 12:54 MYT
CAPE TOWN: Seorang lelaki berjaya ditangkap kerana disyaki membakar Parlimen Afrika Selatan di Cape Town pada Ahad dan dijangka dihadapkan ke sebuah mahkamah pada Selasa, kata polis.
Menurut BBC, seorang jurucakap polis menyatakan lelaki itu menghadapi tuduhan sengaja melakukan kebakaran, pecah bangunan dan kecurian.
Dalam kebakaran itu, anggota-angota bomba terpaksa bekerja selama berjam-jam untuk memadamkan api.
Ketika kejadian, Parlimen tidak bersidang kerana cuti dan tidak ada kecederaan dilaporkan berlaku.
Bangunan bersejarah itu yang siap dibina pada tahun 1884 menempatkan koleksi buku-buku dan memiliki bilik dengan panel kayu sebelum kebakaran merebak ke bangunan lain.
Dalam bangunan itu, terdapat salinan asli lagu kebangsaan yang digunakan semasa era aparteid. - Agensi
Artikel asal di Sinar Harian