Lelaki disimbah asid kerana tolak cinta
Sinar Harian
Mac 21, 2018 12:47 MYT
Mac 21, 2018 12:47 MYT
Biasanya golongan wanita akan menjadi mangsa, tetapi kejadian kali ini agak berbeza.
Gara-gara cintanya ditolak, seorang remaja perempuan di Bangladesh nekad melempar asid pada wajah rakan lelakinya.
Mahmudul Hasan Maruf, 17 tahun, dari Dhaka mengalami kecederaan yang teruk akibat serangan itu.
Menurut beberapa laporan, asid itu dilemparkan pada wajahnya selepas mangsa enggan menerima cinta remaja terbabit hingga menyebabkan kesan melecur yang serius pada bahu kanan selain kulitnya turut mengelupas.
"Mangsa sedang berjalan pulang ke rumah ketika dia dihampiri remaja perempuan itu secara tiba-tiba. Dia masih mengharap cintanya dibalas dan sering mengganggu mangsa selama beberapa bulan.
"Mereka turut bertengkar sebelum gadis terbabit bertindak melemparkan asid," jelas salah satu laporan itu.
Susulan kejadian itu, remaja perempuan terbabit dan ibunya telah ditahan pihak berkuasa.
Ia masih tidak jelas sama ada remaja lelaki tersebut akan pulih sepulihnya walaupun kecederaan itu mungkin meninggalkan parut kekal. - Daily Mail