Lelaki didenda kerana tendang burung camar yang mencuri burgernya!

Agensi
September 7, 2018 23:16 MYT
Kes itu sempat menjadi viral di AS selepas seorang pengguna media sosial memuat naik kisah insiden itu namun menceritakannya semual dengan banyak elemen yang sengaja ditokok tambah. - Gambar hiasan/Pixabay
Seorang lelaki didenda AS$124 (RM514) kerana didapati bersalah menyebabkan kecederaan kepada seekor burung camar dalam satu insiden di Pantai Hampton, New Hampshire, Amerika Syarikat (AS).
Dalam kes tersebut, Nate Rancloes, 33 tahun, mengaku bersalah dan menyesali perbuatannya, namun berkata semua itu satu aksi yang tidak disengajakan.
Menurutnya, dia sedang menikmatio burger bersama anak perempuannya di pantai itu ketika beberapa ekor burung camar tiba-tiba saja cuba ‘mencuri’ gigit makanan nya itu.
“Burung-burung itu cuba ‘melahap’ burger saya, dan ketika saya masih dalam keadaan duduk di atas pasir. Saya cuba menghalau burung-burung itu dengan bergerak secara berputar dengan menolakkan kaki tapi malangnya saya tertendang salah seekor burung itu dengan kuat.
“Ia adalah perbuatan yang tidak disengajakan,” ujarnya seperti yang dilaporkan media tempatan.
Rancloes perlu membayar denda itu memandangkan ia dianggap satu kesalahan mencederakan burung camar yang disenarai sebagai spesies yang dilindungi di bawah undang-undang Persekutuan.
Burung yang cedera itu telah mendapat perhatian orang awam yang cuba menyelamatkannya, seterusnya dibawa ke klinik haiwan oleh seorang wanita yang prihatin.
Kes itu sempat menjadi viral di AS selepas seorang pengguna media sosial memuat naik kisah insiden itu namun menceritakannya semual dengan banyak elemen yang sengaja ditokok tambah.
Organisasi kebajikan haiwan RSPCA turut mengeluarkan kenyataan berkenaan insiden tersebut, yang meminta orang ramai lebih memahami dan menerima sifat semula jadi burung camar.
#burung camar #kes mahkamah #new hampshire
;