Lelaki cuba ceroboh ibu pejabat PBB berjaya ditahan

Astro Awani
Disember 2, 2021 06:10 MYT
Polis berjaya menahan seorang lelaki yang cuba menceroboh ibu pejabat PBB pada Khamis. - Foto REUTERS/Carlo Allegri
NEW YORK: Polis New York berjaya menahan seorang lelaki dipercayai bersenjata senapang patah yang memasuki ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis.
Menurut jurucakap polis, lelaki berkenaan ditahan pada jam 1.30 petang waktu tempatan.
Bangunan tersebut serta First Avenue dan jalan-jalan di sekitar ibu pejabat PBB itu ditutup dengan helikopter dilihat terbang mengelilingi bangunan yang terletak di tengah bandar Manhattan itu.
BACA: Polis kepung ibu pejabat PBB diceroboh lelaki bersenjata
Lelaki berkulit putih berusia dalam lingkungan 60-an itu dilaporkan berlegar di perkarangan bangunan tersebut dan tidak cuba untuk melintasi garisan keselamatan.
Selepas penahanannya, polis memaklumkan keadaan kembali selamat.

In regard to reports of a man with a firearm at 42nd Street and 1st Avenue in Manhattanthe individual is now in custody and there is NO THREAT to the public. Continue to avoid the area and expect delays. More information to follow when available. pic.twitter.com/LuliJdzIwJ

— NYPD NEWS (@NYPDnews) December 2, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Lelaki tersebut didapati bukan kakitangan atau bekas kakitangan PBB atau ada apa-apa kaitan dengan pertubuhan itu," kata jurucakap PBB Stephane Dujarric.
Kakitangan PBB juga dibenarkan untuk meninggalkan bangunan tersebut.
#PBB #lelaki #senjata #polis
;