Lelaki China pecah rekod muntah air keluar mulut paling lama

Sinar Harian
Mac 31, 2024 09:20 MYT
Video dilihat dalam YouTube menunjukkan Ma Hui memuntahkan air dalam tempoh hampir enam minit. - Foto agensi
BEIJING: Seorang lelaki di negara ini memecahkan Guinness World Records (GWR) baharu apabila berjaya memuntah air keluar dari mulut secara berterusan selama 5 minit 51.88 saat, lapor Oddity Central.
Sebenarnya teknik memuntah air keluar dari mulut dalam tempoh agak lama adalah satu helah atau 'silap mata' sejak abad ke-17.
Tekniknya, seorang itu perlu meminum air dalam sejumlah yang banyak dan kemudian memuntahkannya kembali dengan menggunakan kawalan otot dalam mulut.
Bagaimanapun, ia bukan perkara yang mudah kerana teknik ini memerlukan latihan berterusan supaya kawalan air dalam mulut dapat dikeluarkan dengan seimbang untuk tempoh yang lama.
Tetapi, setakat ini tiada sesiapa pun dapat mengalahkan Ma Hui, yang baru-baru ini berjaya mencipta rekod dunia di GWR kerana memuntah air dari mulut dalam tempoh lama sehingga mencecah 6 minit.

Ma Hui from China was regurgitating water from his stomach in order to set this record for the longest time spraying water from the mouth pic.twitter.com/lowdqHDBS3

— Guinness World Records (@GWR) March 25, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Rekod sebelum ini dipegang Kirubel Yilma dari Ethiopia yang melakukan perkara sama selama 56.36 saat.
Bagi memastikan rekod itu disahkan GWR, individu yang berhasrat mencipta rekod ini perlu mengeluarkan air dari mulut mereka secara berterusan.
Syaratnya, apabila aliran air pecah atau berhenti, percubaan itu dianggap tamat dan pada waktu sama penjaga masa akan menghentikan jam pemasa untuk direkodkan dalam GWR.
Dalam percubaan itu, Ma Hui meminum air sebanyak 4.5 liter dan kemudian memuntahkan keluar air perlahan-lahan dengan menampakkan kawalan otot pada leher wajahnya. - Sinar Harian memetik agensi
#muntah air #GWR #pecah rekod #kawalan otot
;