Lelaki cedera, telefon tiba-tiba terbakar dalam beg

Astro Awani
April 20, 2021 03:43 MYT
Mangsa dikatakan menggunakan bateri asal telefon berkenaan dan ia tidak sedang dicas semasa kejadian.
Sebuah telefon pintar tiba-tiba terbakar ketika berada di dalam beg seorang lelaki di China.
Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan beg lelaki berkenaan tiba-tiba terbakar ketika dia sedang berjalan di bandar Zhengzhou pada 15 April lepas.
Lelaki berkenaan terus menanggalkan beg berkenaan sebelum membalingnya ke lantai.
Mangsa cedera ringan dalam insiden tersebut di bahagian tangan serta rambut dan bulu matanya turut terbakar.
Menurut laporan agensi berita AP, telefon tersebut keluaran Samsung model G5700 yang dibeli pada tahun 2016.
Lelaki cedera, telefon tiba-tiba terbakar dalam beg
Mangsa dikatakan menggunakan bateri asal telefon berkenaan dan ia tidak sedang dicas semasa kejadian.
Insiden berkenaan sedang disiasat.
#telefon pintar #terbakar #CCTV #beg #China