Lelaki bunuh nenek kerana 'simpati'

Astro Awani
Januari 19, 2018 07:56 MYT
Kevin Gonyea, 50 tahun, didakwa menjerut neneknya Leona Twiss, 95 tahun, hingga mati dalam satu tindakan yang disifatkannya sebagai pembunuhan belas kasihan. -Foto Twitter @PS_CrimeCourt
Niat tidak menghalalkan cara. Apa yang cuba dilakukan seorang lelaki di New York ini, walaupun atas faktor simpati, tidak dapat diterima masyarakat.
Kevin Gonyea, 50 tahun, didakwa menjerut neneknya Leona Twiss, 95 tahun, hingga mati dalam satu tindakan yang disifatkannya sebagai pembunuhan belas kasihan.
Tindakan Kevin itu adalah disebabkan dia tidak sanggup lagi melihat neneknya menderita akibat penyakit demensia yang dihidapi Leona menjadi semakin parah, lapor Fox News.
Laporan autopsi mengesahkan Leona dijerut dengan tuala.
Kevin dituduh membunuh tanpa niat dalam perbicaraan kes pada Jumaat.
Dia mengaku bersalah sebagai tawaran pertukaran kepada hukuman penjara 15 tahun hingga seumur hidup berbanding 22 tahun hingga seumur hidup yang ditawarkan pihak pendakwa.
#bunuh nenek #dijerut dengan tuala #Kevin Gonyea #Leona Twiss #nenek 95 tahun #New York #pembunuhan belas kasihan
;