Lelaki bunuh, kerat dan makan mayat ibu didakwa di mahkamah

Astro Awani
April 21, 2021 07:35 MYT
Alberto Snchez Gmez ditahan pada 2019 selepas polis menemui mayat mangsa Mara Soledad Gmez yang berusia 66 tahun di kediaman wanita itu. -BBC
MADRID: Seorang anak yang tergamak membunuh, mengerat dan memakan mayat ibunya sendiri didakwa di mahkamah di Sepanyol.
Alberto Sánchez Gómez ditahan pada 2019 selepas polis menemui mayat mangsa María Soledad Gómez yang berusia 66 tahun di kediaman wanita itu.
Polis menemui mayat warga emas itu yang dikerat-kerat dan ditempatkan di kawasan apartmennya di Madrid.
Sebahagian tubuh wanita itu turut dimasukkan ke dalam plastik untuk dimasak dan selebihnya disimpan dalam bekas.
Tertuduh bagaimanapun memberitahu mahkamah bahawa dia tidak sedar akan perbuatannya mengerat dan memakan daging ibunya sendiri.
Tertuduh yang ketika itu berusia 26 tahun bagaimanapun mengaku makan mayat ibunya manakala bakinya diberikan kepada anjing.
#makan ibu sendiri #bunuh ibu #warga emas #sepanyol #didakwa di mahkamah #Alberto S nchez G mez #Mar a Soledad G mez
;