Lelaki bunuh diri selepas lepaskan tembakan di konsulat China

Agensi
Ogos 2, 2017 02:41 MYT
Pegawai Michael Lopez dari Jabatan Polis Los Angeles berkata, tiada kecederaan lain dilaporkan dalam kejadian itu yang berlaku kira-kira pukul 6 pagi sebelum konsulat dibuka.
Seorang lelaki melepaskan tembakan di luar bangunan konsulat China di sini pada Rabu, sebelum bertindak membunuh diri di kawasan parkir kereta berdekatan, kata polis.
Tiada kecederaan lain dilaporkan dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 6 pagi sebelum konsulat dibuka, kata Pegawai Michael Lopez dari Jabatan Polis Los Angeles.
Lopez berkata lelaki terbabit ditemui mati d idalam keretanya dan mempunyai kesan tembakan.
Pihak berkuasa belum mengenalpasti identiti penembak dan mempunyai beberapa butiran lain mengenai kejadian itu. Lopez berkata polis pada kebiasaannya tidak memberikat maklumatlanjut berkaitan kes bunuh diri.
Pada tahun 2011, seorang warganegara A.S yang berasal dari China telah ditangkap selepas polis mengatakan bahawa dia melepaskan tembakan di bangunan yang sama dengan pistol. Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.
#China #Jabatan Polis Los Angeles #konsulat #Los Angeles #mati #membunuh diri #Michael Lopez #tembakan