Lelaki Britain, 73 tahun individu yang maut dalam insiden gelora udara pesawat SIA

Astro Awani
Mei 21, 2024 23:06 MYT
Lelaki warga Britain berusia 73 tahun merupakan penumpang pesawat SIA yang terkorban dalam kejadian gelora udara ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Heathrow di London ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di Singapura. - Foto AP
KUALA LUMPUR: Lelaki warga Britain berusia 73 tahun merupakan penumpang pesawat Singapore Airlines (SIA) yang terkorban dalam kejadian gelora udara ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Heathrow di London ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di Singapura pada Selasa.
Menurut laporan media, lelaki tersebut meninggal dunia di dalam pesawat dipercayai akibat serangan jantung.
Selain itu, insiden melibatkan pesawat dengan nombor pendaftaran SQ321 itu turut mengakibatkan tujuh penumpang lain berada dalam status kritikal akibat kecederaan yang dialami.
Menerusi kenyataan di Facebook, SIA memaklumkan pesawat itu terpaksa mengubah laluan penerbangan dan melakukan pendaratan di Bangkok pada jam 3.45 petang waktu tempatan.
Pakar penerbangan, Alvin Lie dari Pusat Khidmat Pentadbiran Oceanic and Atmospheric Kebangsaan Amerika Syarikat menyifatkan insiden gelora yang dialami oleh SIA sebagai sangat ekstrem dan amat arang berlaku, kerana lazimnya gelora seperti itu selalunya tidak akan menyebabkan kematian atau jumlah mangsa yang cedera.
Agensi itu antara lain mendakwa pesawat berkenaan telah menyebabkan kapal terbang berkenaan seperti ditikam secara kasar dan sukar untuk dikawal selia.
Ujar Lie, pesawat berkenaan berkemungkinan besar berhadapan dengan situasi yang disebut sebagai clear air turbulence (CAT).
"Kebiasaannya, gelora disebabkan oleh pergerakan awan dan juruterbang akan diberi amaran pada radar pesawat supaya mereka dapat mengelak sebarang kejadian tidak diingin dan mengarahkan penumpang supaya segera mengenakan tali pinggang.
"Melihat kepada kesan terhadap pesawat berkenaan, beliau percaya bahawa pesawat terbabit mengalami isu CAT," katanya.
Beliau antara lain turut percaya bahawa kejadian berlaku tidak lama selepas penumpang menikmati makan tengah hari yang mana kebanyakkan mereka beratur untuk menggunakan tandas.
Jelasnya lagi banyak pesawat yang melalui laluan sama diguna pakai oleh SIA untuk menuju ke destinasi namun tidak terkesan.
Seramai 211 penumpang dengan 18 anak kapal cedera dalam penerbaangan itu, sehingga laporan terkini dikeluarkan .
Susulan kejadian, SIA menzahirkan ucapan takziah buat keluarga mangsa yang terkorban dan akan menyediakan bantuan untuk semua penumpang dan anak kapal yang berada dalam pesawat berkenaan.
Pada masa sama, SIA berkata, pihaknya kini bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan di Thailand untuk memberikan bantuan perubatan dan menghantar pasukan ke Bangkok untuk memberikan bantuan lanjut.
SIA juga akan terus membawakan perkembangan terkini menerusi laman Facebook dan X dari masa ke semasa.
Astro AWANI pada masa ini kekal memantau sekiranya masih terdapat peningkatan angka kematian akibat insiden itu selain menanti laporan penuh berkenaan punca kejadian.
#lelaki warga Britain #Singapore Airlines #SQ321 #London #gelora udara
;