Lelaki bersenjata tahan beberapa individu sebagai tebusan di 'synagogue'

Astro Awani
Januari 15, 2022 06:36 MYT
Polis mengepung kawasan rumah ibadat Yahudi di mana seorang lelaki dilaporkan telah menahan beberapa individu sebagai tebusan di Texas, Amerika Syarikat. - Foto REUTERS
TEXAS: Pihak berkuasa sedang berunding dengan seorang lelaki bersenjata yang dilaporkan telah menahan beberapa individu sebagai tebusan di sebuah synagogue (rumah ibadat Yahudi) di Colleyville, Texas, Amerika Syarikat, pada Sabtu.
Jabatan Polis Colleyville berkata penduduk di sekitar kawasan rumah ibadat itu telah dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga.
Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini dalam insiden yang disiarkan secara langsung menerusi Dallas Morning News.
Suspek didengar berkata berulang kali dia tidak mahu mencederakan sesiapa dan percaya dia akan mati.
Polis berkata suspek mengaku dia adik kepada ahli neurosains warga Pakistan, Aafia Siddiqui, yang kini sedang menjalani hukuman penjara selama 85 tahun di Amerika Syarikat.
Aafia didakwa pada 2010 atas kesalahan melepaskan tembakan terhadap anggota tentera dan agen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat.
Suspek mahu kakaknya itu dibebaskan.
Pihak berkuasa masih belum mengesahkan identiti suspek.
#tebusan #senjata #synagogue #rumah ibadat
;