Lelaki berkerusi roda meletupkan bom buatan sendiri

Astro Awani
Julai 21, 2013 13:27 MYT
Seorang lelaki berkerusi roda meletupkan bom buatan sendiri di Terminal Tiga, Lapangan Antarabangsa Beijing.
Tiada korban nyawa dilaporkan, hanya penyerang berkenaan dilapor cedera.
Lelaki berkenaan mengedar risalah sebelum meletupkan bom.
Siasatan awal menunjukkan ia ada kaitan dengan rasa kecewa beliau susulan dipukul pihak berkuasa di Selatan China.
Malah aduan beliau juga tidak diambil serius lantas memilih jalan untuk meletupkan bom.
Insiden ini bagaimanapun tidak mengganggu jadual penerbangan di Beijing.
#Beijing #Lapangan Antarabangsa Beijing
;