Lelaki berang didakwa tumbuk dan cekik wanita dalam pesawat

AFP
Disember 17, 2015 09:41 MYT
Wells menyerang mangsa, yang hanya dikenali dengan ringkasan M. D dengan mencekik dan menumbuknya di kepala sebelum pesawat berlepas. - Foto Fail AFP
Seorang lelaki dari California didakwa hari ini atas tuduhan melakukan serangan dengan menumbuk dan mencekik seorang wanita di tempat duduknya ketika dalam pesawat.
Lawrence Wells, 54, dari Richmond California berhadapan hukuman penjara 10 tahun sekiranya didapati bersalah terhadap insiden yang berlaku pada 18 Okt lalu ketika pesawat Southwest Airlines dari Los Angeles ke San Francisco sedang bersedia untuk berlepas.
Menurut kertas pendakwaan, Wells menyerang mangsa, yang hanya dikenali dengan ringkasan M.D dengan mencekik dan menumbuknya di kepala sebelum pesawat berlepas.
“Dianggarkan 10 minit selepas pesawat berlepas, kapten pesawat mengumumkan pendaratan kecemasan dan kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles dan penguatkuasa menjalankan siasatan terhadap dakwaan serangan itu,” menurut satu kenyataan Biro Siasatan Persekutuan, FBI.
Jurucakap FBI memaklumkan wanita terbabit mengalami konkusi di kepala.
Menurut saksi, Wells marah apabila wanita terbabit menurunkan kerusi sandarnya ke belakang.
#California #Lawrence Wells #Richmond California #Southwest Airlines
;