Lelaki bakal didakwa bunuh bayi berusia tiga bulan

Astro Awani
Mac 29, 2021 11:49 MYT
Bayi berkenaan dikejarkan ke hospital pada 12 Mac lalu dengan kecederaan di bahagian kepala. - Gambar hiasan
PERTH: Seorang lelaki bakal didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh seorang bayi perempuan berusia tiga bulan di Perth, Australia.
Bayi berkenaan dikejarkan ke hospital pada 12 Mac lalu dengan kecederaan di bahagian kepala.
Menurut polis Western Australia, bayi tersebut meninggal dunia dua hari kemudian, lapor portal berita ABC News.
Terdahulu suspek telah didakwa di mahkamah pada 14 Mac atas tuduhan menyebabkan kecederaan.
Namun tuduhan terhadapnya akan ditukar kepada membunuh apabila suspek dihadapkan ke Mahkamah Perth hari ini.
#bunuh #bayi #mahkamah #menyebabkan kecederaan #Perth
;