Lelaki amuk bunuh ibu bapa, anak perempuan

Sinar Harian
Mac 23, 2018 10:39 MYT
Gambar yang dirakam orang ramai menunjukkan mangsa berlumuran darah. Foto: Sinar Harian
Seorang lelaki tergamak menikam hingga mati ibu bapa dan anak perempuannya dalam satu insiden amuk di Sichuan, kelmarin.
Suspek dikenali sebagai Chen itu dikatakan membunuh ibu bapa serta anak perempuannya selepas satu pertengkaran di rumah.
Ketika cubaan melarikan diri, kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan menyebabkan Chen terus mengamuk dan menyerang orang awam.
Enam mangsa yang cedera dibawa ke hospital dan keadaan mereka dilaporkan stabil.
Menurut polis, lelaki itu sudah ditahan dan siasatan sedang dijalankan. - Agensi
#Anak perempuan #Beijing #bunuh #Chen #China #ibu bapa #mengamuk