Lego 'hentikan projek' guna botol minuman kitar semula
Bernama
September 25, 2023 07:30 MYT
September 25, 2023 07:30 MYT
LONDON: Lego telah menghentikan projek penghasilan produknya menggunakan botol minuman kitar semula - dengan menyatakan bahan baharu itu akan menyebabkan pelepasan karbon lebih tinggi, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Gergasi mainan Denmark itu mengumumkan pada 2021 ia sedang membuat penyelidikan sama ada plastik PET, atau polietilena tereftalat - yang tidak merosot kualitinya apabila dikitar semula, boleh digunakan untuk membuat produknya.
Jika ini berjaya, bahan itu mungkin menggantikan akrilonitril butadiena stirena (ABS) berasaskan minyak, yang kini digunakan secara berkeping-keping.
Bagaimanapun, firma itu telah memberitahu Financial Times bahawa plastik PET akan menyebabkan pelepasan karbon yang lebih tinggi sepanjang hayat kerana ia memerlukan peralatan baharu.
Lego sebaliknya akan berusaha untuk menambah baik jejak karbon ABS, lapor akhbar itu.
Tim Brooks, ketua kelestarian kumpulan Lego, berkata plastik PET memerlukan bahan tambahan untuk memberikannya keselamatan dan ketahanan, serta kuantiti tenaga yang besar untuk memproses dan mengeringkannya.
Ketua eksekutif Lego, Niels Christiansen memberitahu Financial Times bahawa diharapkan akan ada "bahan ajaib" untuk menyelesaikan isu kemampanan.
-- BERNAMA