Lee Kuan Yew masih bernafas guna mesin ventilasi mekanikal
Bernama
Mac 6, 2015 10:22 MYT
Mac 6, 2015 10:22 MYT
Keadaan bekas Perdana Menteri Lee Kuan Yew, yang masih dirawat di Hospital Besar Singapura, masih tidak menunjukkan sebarang perubahan, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.
Kenyataan itu, yang dikeluarkan hari ini, turut menyebut doktor masih memantau keadaan beliau.
Lee, 91, dimasukkan ke unit rawatan rapi hospital berkenaan sejak 5 Feb lepas kerana menghidap radang paru-paru yang teruk.
Beliau masih diberi ubat pelali dan dibantu mesin ventilasi mekanikal.
Lee, perdana menteri pertama Singapura yang meneraju kerajaan dari 1959 hingga 1990, dianggap antara perdana menteri paling lama berkhidmat di dunia.