Lee Jae-myung dipilih Pengerusi Parti Demokratik
Astro Awani
Ogos 28, 2022 07:00 MYT
Ogos 28, 2022 07:00 MYT
SEOUL: Peguam hak asasi Lee Jae-myung dipilih meneraju parti pembangkang utama Korea Selatan.
Kemenangan Jae-myung sebagai Pengerusi Parti Demokratik menamatkan pertikaian berkaitan jawatan itu selama beberapa bulan.
Jae-myung peroleh 78 peratus undi daripada anggota parti.
Dalam ucapan penerimaanya, Jae-myung mengkritik pentadbiran Presiden Yoon Suk-yeol yang dianggap gagal menangani masalah ketidakseragaman ekonomi.
Namun Jae-myung akui sedia bekerjasama dengan pentadbiran Presiden dan parti pemerintah.
"Sekiranya kehidupan rakyat boleh diperbaiki, saya akan menjadi yang pertama sedia bekerjasama dengan kerajaan dan parti pemerintah.
"Saya akan meminta untuk bertemu dengan Presiden dan bekerja untuk mencari penyelesaian masalah tertunggak.
"Sekiranya kerajaan mengambil langkah betul untuk rakyat dan negara, saya akan membantu kerajaan dan parti pemerintah," katanya.
Jae-myung juga tegaskan misi utamanya kini adalah untuk memastikan Parti Demokratik kembali menjadi pemerintah.