Lebih sejuta pekerja UK diarah ambil cuti tanpa gaji

Astro Awani
April 20, 2020 07:55 MYT
Kerajaan UK sebelum ini mengumumkan bantuan gaji 80 peratus gaji pekerja yang diberikan cuti tanpa gaji susulan arahan tinggal di rumah akibat penularan COVID-19. -AP
Lebih sejuta pekerja di United Kingdom (UK) dilapor diarahkan untuk mengambil cuti tanpa gaji.
Menurut kenyataan Menteri Kewangan UK, Rishi Sunak, ini berdasarkan permohonan yang diterima kerajaan UK daripada perniagaan di negara berkenaan untuk bantuan gaji.
Angka itu direkodkan dalam tempoh lapan jam pertama syarikat-syarikat yang terjejas mengemukakan permohonan mereka.
Tambahnya, satu juta pekerja ini adalah daripada 140,000 syarikat.
Kerajaan UK sebelum ini mengumumkan bantuan 80 peratus gaji kepada pekerja yang diberikan cuti tanpa gaji susulan arahan tinggal di rumah akibat penularan COVID-19.
Bantuan ini disediakan untuk lebih satu juta pekerja sehingga akhir Jun.
#80 peratus gaji #bantuan gaji #COVID-19 #kerajaan #menteri #pekerja UK #rumah #UK
;