Lebih banyak negara dijangka benarkan perjalanan antarabangsa susulan peningkatan vaksinasi

Astro Awani
Ogos 5, 2021 07:05 MYT
Johnson optimis lebih banyak negara akan membenarkan perjalanan antarabangsa, susulan kadar vaksinasi yang semakin meningkat di seluruh dunia. -Gambar fail
LONDON: Perdana Menteri Britain optimis lebih banyak negara akan membenarkan perjalanan antarabangsa, susulan kadar vaksinasi yang semakin meningkat di seluruh dunia.
Keyakinan ini dinyatakan Boris Johnson selepas beliau umum memansuhkan peraturan kuarantin untuk pelancong yang divaksinasi sepenuhnya dari Perancis.
Kata Johnson, wujud keperluan untuk mengimbangi keinginan membenarkan orang ramai melakukan perjalanan antarabangsa serta keperluan untuk melindungi daripada varian baharu.
Jelasnya, satu-satunya perkara positif daripada vaksinasi penuh ialah ia memungkinkan perjalanan dari negara-negara Eropah dan dari Amerika Syarikat.
Sehubungan itu, Johnson akui, lebih banyak populasi dunia divaksinasi, lebih banyak perjalanan akan dibenarkan.
#Boris Johnson #Amerika Syarikat #Britain #COVID-19 #London #pelancong #vaksin #varian baharu
;