Lebih banyak kapal berlabuh di jeti kemanusiaan di Gaza

Astro Awani
Jun 22, 2024 08:40 MYT
Jeti terapung itu berlabuh di pantai Gaza pada Rabu selepas menghadapi beberapa halangan. - Foto REUTERS
GAZA: Terdapat lebih banyak kapal berlabuh di jeti terapung yang dibina Amerika Syarikat (AS) di Gaza, pada Jumaat.
Aktiviti itu direkodkan selepas jeti berkenaan dialihkan buat kali kedua minggu lalu kerana fenomena laut gelora.
Jeti terapung itu berlabuh di pantai Gaza pada Rabu selepas menghadapi beberapa halangan.
Kumpulan bantuan telah mengkritik dengan tegas rancangan untuk membawa bantuan melalui laut ke Ggaza.
Jelas mereka, ia adalah gangguan untuk mengurangkan tekanan Israel untuk membuka lebih banyak lintasan sempadan darat yang jauh lebih produktif.
Rakyat Palestin menghadapi kelaparan yang meluas kerana perang telah menyebabkan sebahagian besarnya terputus bantuan makanan, ubat-ubatan dan barangan asas ke Gaza, yang kini bergantung sepenuhnya kepada bantuan.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menggantung kerjasama dengan projek jeti itu sejak 9 Jun, sehari selepas tentera Israel menggunakan kawasan sekitar jeti itu dalam menyelamatkan tebusan yang mengorbankan lebih 270 rakyat Palestin.
#jeti terapung #bantuan kemanusiaan #Gaza #Palestin
;