Lebih baik penjara daripada ke pangkuan teman wanita

Linawati Adnan
Mei 9, 2014 15:16 MYT
Penjara lebih baik daripada rumah
Seorang lelaki Perancis berusia 50 tahun, yang baru dibebaskan dan diletakkan di bawah pengawasan elektronik di rumah, mengambil langkah drastik dan terdesak untuk kembali ke penjara hanya untuk lari dari teman wanitanya.
Eropah 1 Radio melaporkan bahawa lelaki berasal dari Pas de Calais yang disabitkan atas kesalahan ringan trafik berkaitan dengan pengambilan alkohol, bertindak memotong tag elektronik selepas bertengkar dengan teman wanitanya.
Menurut pendakwaraya Perancis, lelaki itu hampir tamat menjalani hukumannya dan dia lebih rela menghabiskan masa di penjara daripada bersama pasangannya di rumah. Dia kini berdepan hukuman penjara dua bulan.
Pendakwaraya juga berkata, walaupun ia adalah ganjil bagi seorang banduan untuk mahu kembali ke penjara atas kehendaknya sendiri, bagaimanapun, terdapat situasi di mana terdapat antara mereka yang tidak sanggup dikurung di rumah namun tidak juga boleh keluar rumah atas kehendak sendiri."
Penjara Perancis menyatakan bahawa terdapat 461 penjenayah yang disabit, diletakkan di bawah pengawasan elektronik.
#penjara #Perancis #teman wanita
;