Lebih 800,000 penduduk dipindahkan akibat taufan Chan-Hom

Agensi
Julai 11, 2015 14:47 MYT
Chan Hom meragut 5 nyawa semasa ia melanda Filipina awal minggu ini.
Lebih 800,000 orang dipindahkan daripada kawasan pantai di timur China sebagai langkah berjaga-jaga dengan kesan taufan Chan-Hom.
Chan-Hom dijangka melanda selatan Shanghai pada lewat Sabtu. Taufan itu membawa bersama angin berkelajuan 187 kilometer sejam.
400 penerbangan sudah dibatalkan sejak Jumaat. Chan Hom meragut 5 nyawa semasa ia melanda Filipina awal minggu ini. Sebelum ini, Chan-Hom turut membadai Taiwan serta Jepun.
Sementara itu di Taiwan dan Jepun, kekuatan Chan-Hom menumbangkan pokok serta menyebabkan berpuluh-puluh orang cedera.
Pusat Metereologi Kebangsaan China memberi amaran, Chan-Hom bakal menjadi taufan paling kuat pernah membadai wilayah Zhejiang sejak 1949.
Ia diramal melanda wilayah berkenaan terlebih dahulu sebelum bergerak ke Shanghai.
#Chan-Hom #China #Jepun #Taiwan #taufan
;