Lebih 80 peratus rakyat Perancis dapati tiket Olimpik Paris 2024 terlalu mahal

Bernama
Mac 6, 2023 11:15 MYT
Kira-kira 82 peratus daripada responden mengatakan harga tiket untuk acara itu sukar untuk dibeli atas faktor harga.
ATHENS: Sebilangan besar rakyat Perancis berpendapat harga tiket untuk Sukan Olimpik Paris 2024 terlalu mahal, menurut satu tinjauan.
Kira-kira 82 peratus daripada responden mengatakan harga tiket untuk acara itu sukar untuk dibeli atas faktor harga, lapor Agensi Anadolu memetik tinjauan oleh kumpulan Odoxa.
Sementara itu, 79 peratus responden berpendapat bahawa mendapatkan tempat duduk untuk acara dan perlawanan terlalu rumit.
Namun, 69 peratus lagi responden masih menyokong penganjuran Sukan Olimpik dan 65 peratus berpendapat sukan itu akan menyumbang secara positif kepada ekonomi Perancis.
Sebanyak 72 peratus daripada responden menyokong penyertaan atlet Rusia dengan lebih 40 peratus memilih mereka perlu bertanding di bawah bendera neutral.
-- BERNAMA
#Olimpik #Paris 2024 #tiket terlalu mahal #harga tiket
;