Lebih 75,000 kes baharu direkodkan di India dalam tempoh 24 jam

Agensi
Oktober 4, 2020 16:04 MYT
Menurut data rasmi, India telah melakukan hampir 79 juta ujian COVID-19, setakat ini - Gambar REUTERS
NEW DELHI: India merekodkan sebanyak 75,829 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, setakat Ahad.
Kementerian Kesihatan negara itu memaklumkan, angka kes COVID-19 meningkat kepada lebih 6.5 juta, dengan sekurang-kurangnya 101,782 kematian akibat virus tersebut.
Jelas kementerian itu lagi, India masih mencatatkan jumlah kes harian tertinggi di dunia.
Bagaimanapun, kadar kesembuhan di negara itu adalah melebihi 83 peratus, dengan jumlah kes sembuh melebihi 5.5 juta.
Menurut data rasmi, India telah melakukan hampir 79 juta ujian COVID-19, setakat ini.
Secara keseluruhan, India berada di kedudukan kedua paling tinggi kes jangkitan COVID-19 selepas Amerika Syarikat.
#Amerika Syarikat #India #Kementerian Kesihatan #COVID-19 #kes positif #India kedua tertinggi kes COVID-19
;