Lebih 700 aktivis iklim ditahan di The Hague

Bernama
Januari 12, 2025 12:50 MYT
Menurut laporan media Belanda, penunjuk perasaan di The Hague berkempen untuk menamatkan subsidi bahan api fosil kepada syarikat minyak, gas asli dan arang batu. - Foto IG scientistrebellionnl
THE HAGUE: Lebih 700 aktivis iklim ditahan pada Sabtu semasa demonstrasi di lebuh raya berhampiran The Hague apabila mereka menghalang laluan dan enggan bersurai, menurut polis Belanda, lapor Xinhua.
Antara mereka yang ditahan, 12 individu menghadapi pertuduhan atas kesalahan jenayah seperti hasutan dan serangan, serta dibawa ke balai polis.
Baki penunjuk perasaan dibawa keluar dari bandar dengan bas dan dibebaskan kemudian pada hari yang sama.
Penunjuk perasaan berkempen untuk menamatkan subsidi bahan api fosil kepada syarikat minyak, gas asli, dan arang batu, menurut laporan media Belanda.
Polis menggunakan meriam air untuk menyuraikan penunjuk perasaan dan membuka semula laluan.
-- BERNAMA
#The Hague #aktivis iklim #subsidi bahan api fosil #demonstrasi
;