Lebih 625,000 kanak-kanak Gaza tidak bersekolah - UNRWA

Bernama
Jun 29, 2024 15:30 MYT
Lebih 625,000 kanak-kanak tidak bersekolah selama lebih lapan bulan peperangan di Gaza. - Gambar/ Reuters
GAZA: Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) bagi Pelarian Palestin pada Jumaat mendedahkan lebih 625,000 kanak-kanak tidak bersekolah selama lebih lapan bulan peperangan di Gaza.
Agensi Berita Palestin, WAFA, melaporkan bahawa 300,000 daripada mereka adalah pelajar UNRWA.
"Aktiviti bermain dan pembelajaran yang disediakan oleh pasukan UNRWA adalah penting untuk mempersiapkan kanak-kanak kembali ke sekolah dan mengembalikan hak mereka untuk mendapat pendidikan," kata agensi itu dalam platform media sosial X.
Israel melancarkan serangan berterusan ke atas Semenanjung Gaza dengan tidak menghiraukan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mengarahkan Tel Aviv menghentikan serangan di Rafah, kerana ia mungkin melanggar kewajipan di bawah Konvensyen Genosid.
Sejak 7 Oktober, lebih 37,000 rakyat Palestin terkorban manakala lebih 86,000 yang lain cedera.
Selain itu, sekurang-kurangnya 10,000 orang gagal dikesan.
-- BERNAMA
#Gaza #kekejaman israel #Kanak-kanak #UNRWA
;