Lebih 617,000 rakyat Ukraine lari ke Romania sejak konflik tercetus
Bernama
April 4, 2022 23:14 MYT
April 4, 2022 23:14 MYT
BUCHAREST: Seramai 617,669 warga Ukraine melarikan diri ke Romania dalam tempoh 39 hari sejak Rusia memulakan operasi ketenteraannya ke negara itu.
Menurut kenyataan Inspektorat Am Polis Sempadan (IGPF) pada Isnin, dalam tempoh 24 jam, seramai 6,729 warga Ukraine telah memasuki Romania (turun 13.9 peratus berbanding hari sebelumnya).
Sejak konflik tercetus pada 24 Mac, sekurang-kurangnya 1,417 orang awam terbunuh di Ukraine dan 2,038 cedera, menurut anggaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dengan angka sebenar dikhuatiri jauh lebih tinggi.
Lebih 4.1 juta rakyat Ukraine melarikan diri ke negara lain, dengan jutaan yang lain kehilangan tempat tinggal.
-- BERNAMA