Lebih 60 orang cedera dalam serangan dron di utara Israel

Agensi
Oktober 13, 2024 06:45 MYT
Sebuah ambulans tentera Israel membawa mangsa serangan dron Hezbollah ke hospital pada Ahad. - Gambar Reuters
DIANGGARKAN lebih 60 orang cedera dalam serangan dron yang menyasarkan wilayah Binyamina di utara Israel, kata pakar perubatan.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, organisasi kecemasan sukarelawan Kesatuan Hatzalah berkata, terdapat mangsa yang cedera parah dan ringan akibat serangan itu.
Kesemua mereka, kata kesatuan itu, telah dikejarkan ke lima buah hospital sama ada dengan ambulans atau helikopter.
Pasukan pejuang Hezbollah mengaku bertanggungjawab atas serangan itu yang dikatakan menyasarkan kem latihan Briged Golani, Angkatan Pertahanan Israel (IDF) di kawasan itu, yang berpangkalan di antara Tel Aviv dan Haifa.
Pejabat media kumpulan itu berkata, serangan itu sebagai tindak balas terhadap serangan Israel di selatan Lubnan dan Beirut pada Khamis.
Hezbollah turut memakluan, pasukan tu menyasarkan kem di utara Israel menggunakan "sekumpulan dron."
Peraturan lembaga penapisan Israel menghalang saluran media menyatakan dengan tepat di mana atau apa yang disasarkan, namun, beberapa media melaporkan, lokasi itu diserang oleh dron peringkat rendah yang dilancarkan dari Lubnan - senjata yang tidak begitu canggih yang nampaknya tidak mengaktifkan penggera amaran awal.
Rakaman yang disiarkan oleh media Israel menunjukkan mereka yang cedera dibantu masuk ke dalam kenderaan kecemasan, termasuk helikopter.
Media Israel melaporkan 67 orang cedera termasuk empat berada dalam keadaan kritikal dan lima lagi cedera parah. - Agensi
#Perang Palestin-Israel #serangan dron #Hezbollah #Angkatan Pertahanan Israel
;