Lebih 51 juta layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Thailand 24 Mac
Bernama
Mac 1, 2019 17:48 MYT
Mac 1, 2019 17:48 MYT
Sejumlah 51,419,975 pengundi yang layak termasuk 7,339,772 yang bakal mengundi buat kali pertama dijangka keluar mengundi dalam Pilihan Raya Umum Thailand yang dijadualkan pada 24 Mac.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Dalam Negeri Thailand berkata setakat 1 Februari, terdapat 24,801,527 pengundi lelaki dan 26,618,448 pengundi wanita yang layak di negara ini.
Kenyataan itu berkata terdapat 7,339,772 pengundi yang akan mengundi buat pertama kali pada pilihan raya kali ini. Mereka berusia antara 18 dan 25 tahun.
Bangkok mempunyai bilangan pengundi tertinggi iaitu 4,498,109, diikuti Nakhon Ratchasima dengan 2,085,776 pengundi dan Khon Kaen dengan 1,445,977 pengundi, kata kenyataan itu.
Di Thailand, mereka yang berumur 18 tahun layak mengundi pada pilihan raya umum, yang merupakan yang pertama diadakan selepas rampasan kuasa tentera pada 2014.
Kenyataan itu berkata 19,583,472 pengundi berusia 26 hingga 45 tahun merupakan kumpulan umur terbesar dalam pilihan raya kali ini.
Dalam pada itu, terdapat 10,052,068 pengundi berusia 61 tahun ke atas," kata kenyataan itu.
Ranong, salah satu wilayah di selatan, mempunyai bilangan pengundi paling rendah iaitu135,557 orang.
Jumlah penduduk Thailand dianggarkan 66,413,979 orang setakat tahun lepas.
-- BERNAMA